KUSKOP bantu usahawan, koperasi Sabah, Sarawak melalui Inisiatif Prihatin Banjir

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Inisiatif Prihatin Banjir Sabah dan Sarawak membantu usahawan di dua negeri itu yang terjejas bencana banjir baru-baru ini.

KUSKOP melalui kenyataannya berkata inisiatif berkenaan bagi meringankan beban yang dihadapi usahawan yang terjejas premis perniagaan, kerosakan stok barangan atau kediaman.

“Antara inisiatif yang ditawarkan melalui agensi-agensi KUSKOP seperti TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan untuk memberikan kelonggaran kewangan kepada usahawan yang terkesan bagi membayar balik pembiayaan akibat terjejas banjir.

“Mereka juga dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan dalam akaun pembiayaan dan boleh membuat penjadualan semula pembayaran pembiayaan.

“Bagi usahawan TEKUN yang mengalami kerosakan premis perniagaan dan stok barangan boleh memohon pembiayaan bertindih (overlapping) untuk memulakan semula perniagaan yang terjejas.

“Bantuan dalam bentuk modal atau pembiayaan tambahan boleh digunakan oleh usahawan untuk memulihkan atau meningkatkan operasi perniagaan mereka selepas kejadian banjir,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Turut dijelaskan dalam kenyataan tersebut adalah seramai 702 orang usahawan TEKUN dari Sabah dan Sarawak didapati terjejas banjir dengan anggaran kerugian RM3.2 juta.

Selain itu, Bank Rakyat pula menawarkan penangguhan sementara bayaran ansuran bulanan bagi tempoh sehingga enam bulan sepanjang tempoh pembiayaan.

Antara produk yang ditawarkan adalah Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pajak Gadai-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan Kad Kredit-i.

Sementara itu, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) juga menawarkan bantuan banjir berbentuk moratorium tiga hingga enam bulan untuk bayaran ansuran bulanan tertakluk kepada permohonan dan kelulusan pengurusan.

Menurut kenyataan itu lagi, atas dasar keprihatinan agensi KUSKOP seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menyumbangkan bantuan kepada anggota koperasi yang terjejas berupa Bantuan Bakul Makanan dan peralatan elektrik di Sarawak (Serian dan Miri) yang RM15,000 dan RM10,000 bagi Sabah.

“Manakala Institut Koperasi Malaysia (IKMa) menyumbangkan sebanyak 100 bakul Bantuan Bakul Makanan untuk anggota koperasi yang terjejas di Kota Belud, Lahad Datu, Serian dan Bintulu.

“Untuk itu usahawan dan koperasi yang terjejas banjir digalakkan untuk menghubungi pejabat cawangan agensi-agensi di bawah KUSKOP berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif banjir yang ditawarkan,” kata kenyataan itu.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing