MARA sedia peruntukan RM35 juta untuk pembangunan usahawan Sabah

KOTA KINABALU – Sebanyak RM35 juta diperuntukkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pembangunan usahawan Sabah pada tahun 2025 berbanding hanya RM27.04 juta pada tahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman berkata, peruntukan itu dijangka dapat membantu lebih 2,500 usahawan di negeri ini.

“Pada tahun lepas, kita memperuntukkan sebanyak RM27 juta untuk pembangunan usahawan di Sabah dan pada tahun ini jumlah itu kita tingkatkan lagi menjadi RM35 juta.

“Kalau RM27 juta, kita dapat memberi manfaat kepada lebih 2,000 usahawan, sudah tentulah bila kita peruntukkan RM35 juta, saya menjangkakan setidak-tidaknya lebih daripada 2,500 usahawan akan dapat kita bantu khas untuk usahawan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan Bicara Perdana dalam Program Himpunan Usahawan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mewujudkan banyak program baharu berkaitan automotif yang membuka banyak peluang kepada usahawan muda di negeri ini.

“Program-program baharu yang kita wujudkan iaitu berkaitan dengan industri automotif, saya rasa ini akan dapat memberi banyak peluang kepada usahawan-usahawan muda di negeri Sabah.

“Untuk industri automotif kami ada bekerjasama dengan Mannol sebuah jenama daripada Jerman untuk pembangunan bengkel ‘auto servis’.

“Bidang-bidang yang lain kita ada buat program pembangunan vendor dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain dan juga syarikat-syarikat terkemuka di dalam industri.

“Misalnya, di bidang solar, di bidang elektrik dan yang terbaru yang kita baru lancarkan pada Januari lalu, Ekon Expert untuk membuka peluang kepada lepasan-lepasan TVET daripada bidang penyejuk bekuan dan penyaman udara untuk menjadi usahawan,” ujarnya.

Zulfikri berkata, peruntukan dan program-program yang MARA sediakan untuk usahawan tidak hanya memberi manfaat kepada usahawan tetapi juga turut menyumbang kepada banyak peluang pekerjaan.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai