Penguat kuasa maritim tahan bot fiber tangguk siput secara haram

KUALA PERLIS – Kecekapan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang melakukan aktiviti menangkap siput secara haram di perairan Kuala Perlis, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, bot ronda agensi itu mengesan bot terbabit sedang leka menangkap siput menggunakan sangkar besi di kedudukan sekitar 0.89 batu nautika barat daya Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan berpangkalan di Kuala Perlis dengan seorang tekong dan dua awak-awak tempatan berusia antara 37 hingga 41 tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dan Seksyen 11(3)(c) akta sama kerana menggunakan peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya.

Menurut Mohd Hashim, hasil tangkapan dan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM50,000 serta tiga suspek telah dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut.

“Kami mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti jenayah maritim dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau talian kecemasan 999.

“Penguatkuasaan seperti ini berterusan akan dilakukan bagi memastikan perairan negara bebas daripada aktiviti perikanan haram yang boleh menjejaskan ekosistem laut,” ujarnya.

Related Posts

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam. Setiausaha Kerajaan Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit