Pusat tahfiz, madrasah perlu berdaftar dengan JHEAINS, JAKIM

TAWAU – Setiap pusat tahfiz dan madrasah di Tawau diminta untuk mendaftar secara sah dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ini bertujuan bagi memudahkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan.

“Jika mereka berdaftar, sebarang bantuan dengan mudah disalurkan kepada mereka yang dapat membantu pusat tahfiz dan madrasah ini menjalankan kegiatan atau aktiviti mereka.

“Ini juga secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai lagi hafiz dan hafizah serta qari dan qariah yang lebih baik serta berkualiti,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) peringkat Bahagian Tawau 1446 Hijrah atau 2025 di Masjid Al-Kauthar Tawau, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas turut menyeru agar jawatankuasa masjid dan surau seluruh Tawau mengambil inisiatif mewujudkan kelas pengajian al-Quran untuk golongan belia.

“Mungkin masjid dan surau ini boleh berkolaborasi dengan mana-mana madrasah atau pusat tahfiz yang banyak di Tawau ini agar terdapat qari dan qariah dari setiap masjid yang boleh kita ketengahkan dalam program sebegini.

“Mereka boleh bertanding di peringkat bahagian, seterusnya negeri dan menjadi juara peringkat kebangsaan suatu hari nanti.

“Bukan sahaja mereka (belia) ini pandai menyanyi, tetapi mampu menyediakan belia yang dapat memuliakan Kalamullah ini,” ujarnya.

Johan bagi qari dan qariah dalam majlis itu dimenangi pasangan adik-beradik dari Semporna, Abdullah Abdul Wahid, 46, dan Norasmah Abdul Wahid, 20 tahun.

Mereka bakal mewakili Tawau dan berentap pada MTHQ peringkat Negeri Sabah yang dijangka akan berlangsung pertengahan Februari ini.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan