China bantah hasrat Amerika Syarikat ‘ambil alih’ Gaza

SHANGHAI – China menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk ‘mengambil alih’ Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik media kerajaan.

“Beijing sentiasa percaya yang ‘rakyat Palestin mentadbir Palestin’ adalah prinsip asas bagi pentadbiran selepas perang di Gaza,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian, kepada pemberita.

“Kami menentang pengalihan dan pemindahan paksa penduduk di Gaza,” tegas Lin, menolak rancangan kontroversial Trump untuk menguasai wilayah Palestin itu.

Kenyatan Beijing dibuat selepas Trump mengumumkan rancangan untuk AS ‘mengambil alih’ Semenanjung Gaza dan ‘membangunkannya selepas memindahkan rakyat Palestin ke negara jiran’.

Trump membuat kenyataan tersebut dalam sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang sedang melakukan lawatan ke Washington.

“AS akan menguasai Semenanjung Gaza dan kami akan melakukan perubahan di sana.

“Kami akan membangunkannya, mencipta ribuan peluang pekerjaan dan ini akan menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan oleh seluruh Timur Tengah,” katanya.

Trump tidak memberi butiran lanjut tentang bagaimana AS akan melaksanakan rancangan pemindahan tersebut.

Kementerian Luar China berkata, ia berharap semua pihak berkepentingan akan mengambil peluang gencatan senjata di Gaza dan pentadbiran selepas perang untuk membawa isu Palestin kembali ke landasan yang betul bagi penyelesaian politik berdasarkan ‘penyelesaian dua negara’, untuk mencapai keamanan berkekalan di Timur Tengah.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM