Sanusi diingatkan jangan kelirukan kewujudan Amanah

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan supaya tidak keliru dengan dakwaannya bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) lahir dari parti DAP.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan itu sama seperti ramai ahli Pas yang dikelirukan oleh pemimpin mereka dengan dakwaan pelik tanpa membuat kajian rapi dan menjadikannya sebagai bahan politik bermotifkan perkauman.

Ujar beliau, laporan polis dibuat kerana dakwaan Amanah dilahirkan oleh DAP, mengukuhkan lagi naratif jahat perkauman yang didakwa dibawa oleh Pas bagi memecahbelahkan perpaduan hari ini.

“Amanah yang akan berusia 10 tahun pada 16 Ogos 2025 tetap istiqamah dengan cita-citanya untuk membawa rahmah kepada rakyat Malaysia.

“Walaupun kami kecil tetapi kami tidak membawa politik fitnah dan kebencian, kami membawa politik rahmah dan kesatuan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Sanusi pada program Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia di Kedah pada Jumaat mendakwa Amanah ditubuhkan oleh DAP.

Mengulas lanjut mengenainya, Mujahid berkata, Sanusi boleh terus memperlekehkan apa sahaja yang tidak sehaluan dengannya namun rakyat menatap setiap tutur kata dan tindakan Menteri Besar Kedah itu.

“Pentaasub Pas hanya akan mengulang fitnah bahawa Amanah adalah DAP kerana kejahilan fakta.

“Namun hari ini, panglima perang Pas berstatus Menteri Besar terbukti sah tarafnya semacam seorang pentaasub bercakap tanpa fakta,” ujarnya.

Tambah beliau, Amanah merupakan parti berpandukan kepada politik nilai dan bergerak dalam falsafah serta kerangka rahmah.

Jelasnya, parti juga bergerak dengan menghormati kepelbagaian di Malaysia dan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Slogan kami adalah Amanah, Progresif dan Peduli. RAHMAH adalah singkatan kepada nilai teras yang kami pegang, iaitu Rahmah, Amanah, Hikmah, Muafakat, Adil dan Hormat.

“Hasrat kami lahir kerana Pas membawa politik fitnah dan perpecahan bertopengkan Islam dalam labelnya bukan kerana kami disuruh oleh DAP,” katanya.

Related Posts

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus memperkukuh kesatuan anggota serta memperkemas persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail tinggalkan WTCKL selepas dua jam ‘mengadap’ Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak