Ketua cabang perlu jejak ahli ranting, kukuhkan jentera – Aminuddin

MUAR – Ketua Cabang PKR yang berjaya dilantik diingatkan untuk menubuhkan sebanyak mungkin ranting parti di peringkat akar umbi bagi meneruskan kesinambungan perjuangan reformasi.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu sejajar dengan matlamat asal penubuhan ranting khususnya dalam persediaan mendepani apa jua pilihan raya negara.

Justeru menurut beliau, dalam usaha mengukuhkan sayap parti, ketua cabang disaran untuk menjejaki semula ahli ranting yang pernah menyertai kumpulan ini bagi mengumpulkan seramai mungkin jentera.

“Dalam tempoh 18 bulan ini, adakah kita dah bersedia? Kalau anda rasa PKR dapat satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sahaja dah mencukupi, maka tak perlulah penubuhan ranting. Kalau rasa dah selesa dengan apa yang ada sekarang, tak perlu buat kerja, tak perlu ada ketua cabang dan ahli cabang.

“Tapi kalau kita tahu tak cukup, kita perlu ada ranting untuk terus kukuh. Tugas ketua cabang memastikan ia tertubuh di semua tempat. Jadi, waktu ada masa ini, kita usaha sebaik mungkin, kenal dengan ahli ranting yang kerja bersungguh-sungguh

“Sebagai contoh di Johor kalau kita ada 70,000 ahli, kemungkinan yang aktif 30,000. Tapi kita perlu pastikan sekurang-kurangnya ada 50,000 ahli yang aktif. Jadi macam mana nak buat? Itulah peranan ketua cabang dan ahli ranting untuk terus bekerja keras,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Taklimat Kempen Penubuhan Ranting Negeri Johor di Hotel Traders di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

Menurut Aminuddin, selain mendekati dan memperkukuhkan ranting, ketua cabang juga harus memainkan peranan menyampaikan pelbagai maklumat jelas berkaitan isu semasa serta bentuk bantuan disediakan oleh pemimpin.

“Apabila berjumpa, kita terangkan apa usaha dilakukan Perdana Menteri daripada segi pembangunan dan ekonomi. Biar mereka tahu individu yang sedang berusaha ini adalah pemimpin daripada PKR. Kerana itu kita perlu pastikan ahli ranting dapat maklumat sebegini untuk disampaikan pada orang ramai.

“Kita tak boleh serah 100 peratus pada Kerajaan Perpaduan. Tak mungkin PKR nak serah satu kerusi sahaja, haruslah ada beberapa kerusi. Jadi caranya perlu kukuhkan ranting di setiap kawasan.

“Pilihan raya makin hampir, jangan tunggu lagi. Tamat sahaja pemilihan parti ini, siapa yang dipilih jadi ketua cabang terus lakukan kerja. Jadi ketua yang turun dekati ahli, laporkan segala data untuk meyakinkan Presiden. Saya percaya seandainya beliau melihat kegigihan kita, Presiden akan bawakan beberapa kerusi untuk kita bertanding,” katanya.

Related Posts

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Penyelidikan berkaitan Sabah perlu mempunyai hubungan lebih dekat dengan keperluan masyarakat, industri dan pembangunan negeri bagi memastikan hasil kajian memberi impak praktikal. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz