Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

MIRI – Amalan mengibarkan Jalur Gemilang tidak seharusnya dilihat sekadar untuk memeriahkan suasana sambutan bulan kebangsaan semata-mata, sebaliknya ia merupakan manifestasi penghormatan, kecintaan dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.

Pengarah Penerangan Daerah Miri, Aidawatie Mustapha berkata, seruan bagi mengibarkan bendera kebangsaan itu perlu disahut oleh segenap lapisan masyarakat di pelbagai premis, termasuk di pejabat, institusi pendidikan, dan kediaman masing-masing.

“Pengibaran Jalur Gemilang bukan sekadar memenuhi ruang dengan warna-warni kemeriahan sambutan, tetapi merupakan tanda penghormatan dan rasa bangga kita kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program JIWA@Komuniti bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 di Kolej Vokasional Miri pada Jumaat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak kolej atas kerjasama erat bersama Jabatan Penerangan (JAPEN) Miri, dan berharap agar sinergi penganjuran program kemasyarakatan seumpamanya dapat terus diperkukuh pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Miri, John Atong dalam ucapannya menegaskan bahawa sambutan kemerdekaan menuntut penghayatan yang lebih mendalam menerusi sikap dan sumbangan kepada komuniti.

Menurutnya, semangat patriotisme generasi muda tidak hanya diterjemahkan menerusi kibaran bendera atau laungan kemerdekaan, tetapi perlu disokong dengan amalan positif seperti bersungguh-sungguh dalam pelajaran, menghormati ibu bapa, serta prihatin terhadap rakan sekeliling.

“Sikap saling menghormati masyarakat majmuk yang berbeza bangsa, budaya dan latar belakang juga merupakan bentuk patriotisme yang amat penting dalam mempertahankan perpaduan negara.

“Kita mungkin berbeza bahasa, kepercayaan dan cara hidup, namun kita berkongsi satu perkara yang sangat besar nilainya iaitu identiti sebagai anak Malaysia di bawah satu tanah air dan satu harapan,” jelasnya.

Bagi menyemarakkan lagi semangat kenegaraan, Program JIWA@Komuniti tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian silang budaya, termasuk acara simbolik penyerahan Jalur Gemilang, tayangan video, bacaan ikrar Rukun Negara, deklamasi sajak kemerdekaan serta persembahan tarian.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan