Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

TEMERLOH – Seorang pemandu lori didakwa membunuh empat individu dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer (KM) 110.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pada 31 Ogos lalu.

Menurut laporan Berita Harian, prosiding pendakwaan terhadap Zulkarnain Md Noh, 52, dijalankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, hari ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan, Zulkarnain didakwa membunuh Muhammad Nazatullah Nazmi, 32; isterinya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan; anak mereka, Muhammad Armaan Nazeef, 4; serta Seow Beng Wai, 55, di KM110.3 LPT arah timur, dalam daerah Temerloh, kira-kira jam 10.30 malam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Jika tidak dijatuhi hukuman mati, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Najimi Arif Nasarudin dan Anis Syakilla Zawawi.

Mahkamah menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh