Zahid nafi ada pihak mahu singkir MCA

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, tidak pernah ada sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN itu berkata, komitmen gabungan itu sangat jitu dalam mengekalkan rakan parti komponen terasnya iaitu MCA, MIC dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), selain parti bersekutu, Friends of BN.

“Kita tidak akan pernah terpengaruh dengan sebarang desakan menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN.

“Tidak pernah (berlaku perbincangan), hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja yang mencadangkan itu berlaku,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Inap Desa di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan, ada ‘orang luar’ mencadangkan MCA disingkirkan daripada BN.

Susulan itu, Ka Siong berkata, parti itu menunggu keputusan daripada UMNO berhubung perkara berkenaan.

Related Posts

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

BATU PAHAT – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan sambutan pengundi terhadap calon-calon Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sepanjang empat hari berkempen amat memberangsangkan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor

BATU PAHAT – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan dakwaan bahawa langkah penurunan harga petrol dan diesel tanpa subsidi serta BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang bermula 1 Julai oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor

BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir