Keakraban penguat kuasa Malaysia-Thailand berjaya kesan sampan Kastam dilarikan penyeludup

KUALA PERLIS – Hubungan erat antara pihak berkuasa Malaysia dan Thailand terbukti apabila sebuah sampan milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis yang dilarikan sindiket penyeludupan berjaya ditemui semula di Satun, Thailand baru-baru ini.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim berkata, kejayaan itu hasil operasi bersama antara Polis Diraja Malaysia dengan Pusat Koordinasi Penguatkuasaan Maritim Thailand, polis, kastam negara itu serta Pejabat Koordinasi Sempadan Malaysia-Thailand yang segera bertindak sebaik laporan kehilangan dibuat.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada 13 Januari lalu sekitar pukul 4 pagi, apabila sebuah sampan fiber bernilai RM150,000 yang digunakan untuk rondaan dikesan hilang dari tambatan di jeti Pejabat JKDM Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis.

“Susulan laporan polis yang dibuat, operasi mencari segera dilancarkan dan tiga hari kemudian, pada 16 Januari, sampan itu ditemui di Khlong Senten, Tammalang, Satun dalam keadaan baik.

“Pihak berkuasa Thailand kini dalam proses memulangkan aset tersebut kepada kami,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, jarak antara lokasi kehilangan dan tempat penemuan sampan tersebut dianggarkan sekitar 30 kilometer dan hasil maklumat mengatakan ia dipercayai disembunyikan di bawah rimbunan pokok di kawasan sungai sebelum menunggu masa sesuai untuk diubah suai.

“Kita tidak menolak kemungkinan kejadian itu merupakan tindakan khianat daripada sindiket penyeludupan yang terdesak selepas beberapa siri rampasan ketum dan dadah dilakukan oleh JKDM.

“Kami percaya mereka sebenarnya mahu mengambil bot yang sebelum ini dirampas, tetapi akibat paras air surut, mereka akhirnya melarikan sampan JKDM yang ada di jeti,” ujarnya.

Dalam pada itu, media Thailand turut melaporkan operasi ‘Boat Hunt’ oleh Tentera Laut Wilayah Satun, Polis Marin Wilayah 9, Balai Polis Marin Satun, Unit Pencegahan Jenayah Kastam Satun-Pakbara serta pasukan petugas khas Wilayah Selatan Thailand yang digerakkan segera selepas menerima maklumat daripada nelayan tempatan.

Menurut laporan Song Thai Satun, pihak berkuasa Thailand berjaya menemui sebuah ‘sampan luar’ di Sungai Nam Wian, Wilayah Satun berdasarkan maklumat nelayan di kawasan tersebut.

Tambah Ismail, kejayaan ini membuktikan keberkesanan kerjasama erat antara Malaysia dan Thailand dalam menangani jenayah rentas sempadan dan JKDM akan terus memperketatkan kawalan di perairan serta prosedur operasi standard bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Related Posts

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

KUANTAN – Kerajaan Pahang menegaskan proses penyahwartaan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya tertakluk kepada kawalan ketat, syarat tertentu dan prosedur ditetapkan. Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Kebangsaan jadi kenangan istimewa ulang tahun ke-7

Sambutan Hari Kebangsaan jadi kenangan istimewa ulang tahun ke-7

Pokok bunga hiasan pentas utama ceriakan sambutan, jadi ‘buah tangan’ pengunjung

Pokok bunga hiasan pentas utama ceriakan sambutan, jadi ‘buah tangan’ pengunjung

Hari Kebangsaan 2026 lancar, lebih 100,000 pengunjung hadir meriahkan sambutan

Hari Kebangsaan 2026 lancar, lebih 100,000 pengunjung hadir meriahkan sambutan

Anwar, Zahid sifatkan persembahan Hari Kebangsaan 2026 terbaik

Anwar, Zahid sifatkan persembahan Hari Kebangsaan 2026 terbaik

Anwar luang masa sapa peserta grafik manusia, pengunjung Hari Kebangsaan 2026

Anwar luang masa sapa peserta grafik manusia, pengunjung Hari Kebangsaan 2026

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun