HAWANA satukan organisasi media seluruh ASEAN

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil memberi jaminan Hari Wartawan Malaysia (HAWANA) akan menjadi pentas untuk menyatukan organisasi media dari seluruh ASEAN dalam memperkukuhkan kerjasama dalam industri berkenaan.

Fahmi berkata, bersempena Kepengerusian ASEAN, HAWANA akan turut menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program yang bakal berlangsung.

“Saya harap sempena kepengerusian ASEAN, kita dapat kumpulkan rakan-rakan media dari seluruh ASEAN, selain media rasmi dan syarikat-syarikat media yang lain untuk datang ke Kuala Lumpur.

“Ini supaya, kita dapat mengetahui dan memahami cabaran yang dihadapi oleh rakan-rakan media dalam lingkungan ASEAN Pada masa yang sama, perbincangan antara syarikat organisasi media ini, saya percaya akan dapat memberi hala tuju yang baik untuk industri secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media selepas Majlis Perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya, hari ini.

Turut dihadiri Timbalan Menteri, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengulas berkenaan, industri media sedang bergelut dengan masalah perbelanjaan berikutan syarikat mengeluarkan belanja bagi dana iklan sehingga menjejaskan imej industri dan syarikat media.

“Harapan saya sempena kepengerusian ASEAN, kita dapat kumpulkan (maklumat) dan perbincangan ini dapat kita teliti dan kita ikhtiarkan beberapa penyelesaian (buat industri media),” katanya.

Tambahnya, hasil perbincangan bersama organisasi tempatan serta ASEAN menerusi HAWANA dapat disampaikan kepada platform Menteri-Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Mei ini.

Ketika menyampaikan amanat, Fahmi amat yakin Bernama dan Radio Televisyen Malaysi mampu menjalankan tugas sebaiknya sebagai media penyiar rasmi sebagai penyiar rasmI ASEAN.

“Dalam kepengerusian ASEAN, Bernama sebagai media rasmi dan RTM sebagai penyiar rasmi perlu memainkan peranan dengan baik, dan saya percaya ia akan dilaksana dengan sempurna,” katanya.

Ujarnya, beliau akan kerajaan akan terus memastikan media Malaysia akan berdiri sebagai media bebas dan boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Terdahulu, Fahmi mengumumkan Bernama dilantik sebagai Media Rasmi dan Penyelaras Pusat Media Antarabangsa bagi Sidang Kemuncak ASEAN 2025 manakala RTM dilantik sebagai penyiar rasmi.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 dijangka menjadi belanjawan terbesar negara dengan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan diunjur mencecah RM440.9 bilion berbanding RM421.2 bilion dalam Belanjawan 2026. Menurut MBSB Investment Bank Bhd, peningkatan perbelanjaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

KOTA BHARU – Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dan juruterbang helikopter BO 105S, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, yang maut dalam nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

  • By Aden
  • September 13, 2026
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber