Guna kepakaran kewangan urus majlis agama negeri

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Majlis Agama Islam di negara ini memanfaatkan kepakaran pemain industri kewangan untuk membantu agensi itu menguruskan aliran perbelanjaan lebih cekap.

Perdana Menteri berkata, langkah itu wajar dilakukan bagi mengelakkan berlakunya pelaburan terhadap perkara tidak menguntungkan.

“Apa salahnya untuk pengurusan di Majlis Agama Islam cari kepakaran di Maybank, SC (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia), Bursa Malaysia, syarikat-syarikat besar dan minta pandangan, mereka akan beri dan akan lihat (juga) dari sudut syariah.

“Tetapi, hal ini tidak berlaku kerana semua bekerja dalam silo, dia fikir hal yang kemudian melabur dalam hal-hal yang tidak menguntungkan kerana tiada kepakaran dalam bidang itu,” katanya ketika menjadi moderator dalam Forum Ilmuwan Malaysia Madani KPT Siri 4: Menggunakan Teknologi dalam Perkhidmatan Kewangan bagi Memacu Kemakmuran dan Keterangkuman di ibu negara, malam tadi.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu menjadi amalan dilaksanakan kerajaan pimpinannya ketika ini.

“Dalam Jemaah Menteri, dalam mesyuarat Kabinet terakhir, saya ingatkan menteri beri ruang kepada KSU (Ketua Setiausaha) atau KP (Ketua Pengarah), (bantu beri pendapat), mereka bukan ketua kerani, KSU itu ketua satu kementerian yang peruntukan kadang-kadang hingga RM26 bilion.

“Kalau berfikir sebagai ketua kerani, maka tidak akan ada perubahan, jadi dia harus fikirkan cadangan usaha yang baharu kemudian merencanakannya dan beri nasihat kepada menteri, saya dah pesan kepada menteri untuk ambil masa dengar dan nilai (cadangan atau idea), baru kita boleh lakukan perubahan,” katanya.

Perdana Menteri pada sesi sama turut mengingatkan kepada Majlis Agama Islam berkaitan untuk menguruskan dana zakat yang diterima secara cekap, terutamanya untuk mengelakkan pertindihan antara agensi lain.

“Macam soal zakat, Wilayah Persekutuan saja mempunyai (kutipan) RM1 bilion, ya tentunya (untuk) memenuhi (keperluan) asnaf, tetapi (juga) harus bangkit sebagai satu contoh pengurusan yang cukup cekap kerana jumlah RM1 bilion untuk Wilayah Persekutuan itu tidaklah kecil, jadi perlu selaras dengan baik.

“Kalau diselaras serta ditumpukan, saya fikir banyak yang harus dikerjakan dan hal ini memerlukan pengurusan di majlis agama itu untuk ambil manfaat daripada kemahiran dan kepakaran pihak lain,” katanya.

Related Posts

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah