Polis ulang nasihat jangan sertai himpunan solidariti

POLIS melarang mana-mana pihak menyertai Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya, esok.

Ini kerana, perhimpunan itu dilaporkan tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tanah, sekali gus tidak mematuhi syarat seperti termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang menyertai perhimpunan itu kerana melanggar undang-undang sedia ada.

“Polis juga akan mendirikan beberapa sekatan jalan raya di jalan masuk ke Putrajaya dan akan membuat pemeriksaan ketat ke atas semua orang yang akan memasuki kawasan Putrajaya esok.

“Langkah ini adalah bagi memastikan tiada apa-apa senjata, sepanduk dan banner yang mengandungi perkataan atau unsur-unsur jelik serta hasutan berhubung dengan perhimpunan esok.

“Sekali lagi saya tegaskan untuk tidak hadir perhimpunan esok,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar