Ahli UMNO sertai himpunan solidariti perlu tanggung risiko sendiri

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu yang menghadiri himpunan solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai mengambil risiko sendiri.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, arahan dikeluarkan Setiausaha Agung adalah berdasarkan arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara.

“Aspek keselamatan dan arahan dikeluarkan mempunyai alasan tersendiri dan harus dipatuhi.

“Kita harap tidak ada penganjur dari mana-mana bahagian atau cawangan yang turut terbabit secara rasmi di perhimpunan berkenaan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kuali Cafe Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi, hari ini.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap mereka yang menghadiri perhimpunan berkenaan, Ahmad Zahid menegaskan itu adalah risiko yang akan ditanggung oleh individu berkenaan.

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan sebelum ini berkata, cadangan mana-mana banduan diberikan pengampunan atau pengurangan hukuman hendaklah dikemukakan banduan terbabit untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

Menurut Istana Negara, ini kerana kuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa prerogatif itu termaktub berdasarkan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Polis turut menggesa orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan dianjurkan mana-mana pihak berkaitan isu tuntutan mendapatkan pengampunan diraja.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar