Thailand rombak acara Sukan SEA 2025

PUTRAJAYA – Tuan rumah Sukan SEA 2025, Thailand melakukan rombakan membabitkan acara yang akan dipertandingkan pada temasya itu, Disember tahun depan.

Berdasarkan senarai dikeluarkan, penganjur menambah 15 acara dan pada masa sama menggugurkan 10 acara.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sukan SEA 2025 yang berlangsung secara dalam talian pada 21 Disember lalu.

“Mereka ada melakukan permintaan mengenai perkara itu dan kita terima penambahan acara oleh pihak tuan rumah.

“Antara penambahan adalah sukan olahraga membabitkan acara 20km (kilometer) jalan kaki lelaki dan wanita dan lari berhalangan 3,000m lelaki dan wanita.

“Selain itu, acara pelayaran untuk campuran keelboat SS47 turut ditambah.

“Acara yang dimaklumkan oleh tuan rumah ini lebih kurang ada tambahan acara dan juga pertukaran nama serta pertukaran kelas dari segi kategori yang dipertandingkan,” katanya selepas majlis perasmian Malaysia Kidslympic 2024 di Stadium Merdeka, hari ini.

Beberapa jenis sukan termasuk kanu, gimnastik, berbasikal, judo, e-sukan dan pencak silat turut terbabit dengan perubahan yang dilakukan itu.

Menurut Nazifuddin, jumlah keseluruhan acara yang akan dipertandingkan di temasya dwitahunan itu adalah 585 acara.

Sukan SEA Thailand 2025 dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Disember tahun depan di Bangkok, Chonburi dan Songkhla.

Related Posts

Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

TAWAU – Kerajaan kini mempunyai pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku kejadian jerebu pada penganjuran Sukan SEA akan datang. Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mordi Anak Bimol berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan