Kelantan wajibkan sijil halal: Ada peniaga tak mampu, kos cecah RM200,000

PUTRAJAYA – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) membantah keputusan Kerajaan Negeri Kelantan yang mewajibkan pensijilan halal di kalangan pengusaha makanan dan minuman (F&B) di negeri itu.

Presiden Samenta, Datuk William Ng berkata, pensijilan halal tidak seharusnya diwajibkan kerana meningkatkan beban dan kos tambahan kepada perniagaan, terutama PKS dan peniaga kecil.

Menurutnya, pensijilan tersebut bukan sekadar berkisar tentang makanan tak halal, namun ia turut memerlukan dokumentasi yang pelbagai dan terperinci daripada pemohon.

“Kami faham akan tuntutan ketat di atas keperluan yang merangkumi premis perniagaan, proses, pembekal, pembungkusan dan pelabelan, pengangkutan, dan lain-lain. Semua ini menambah kos dan keperluan masa yang besar kepada perniagaan.

“Pengusaha F&B juga dikehendaki untuk memberikan latihan berkala kepada pekerja, yang akan memerlukan peruntukan masa dan juga latihan berterusan apabila berlakunya pertukaran kakitangan.

“Proses pensijilan halal boleh mencecah sehingga RM200,000 untuk setiap premis jika pengubahsuaian premis diperlukan, dan sehingga RM50,000 setahun jika seorang penyelaras halal diperlukan, di samping kos latihan pekerja baharu dan sedia ada,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Sehubungan itu, William menggesa kerajaan Kelantan mempertimbangkan semula keputusannya mewajibkan pensijilan halal dalam kalangan pengusaha F&B di negeri itu.

Sekirnya perkara itu masih dipandang sepi, beliau memaklumkan pelaksanaan dasar berkenaan akan menjadi cabaran terhadap tekanan kos perniagaan kecil yang diusahakan.

“Restoran berantai mungkin mampu untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ketat itu dan mendapat faedah-faedah pensijilan halal. Walau bagaimanapun, bagi peniaga kecil, baik Muslim atau bukan, proses dan kos untuk mendapatkan pensijilan halal merupakan satu lagi bebanan kos.

“Di samping itu, peniaga juga sedang dalam persekitaran perniagaan di Malaysia yang mengalami cabaran tekanan kos dan margin keuntungan yang rendah,” katanya.

Sementara itu, William berkata, keperluan untuk kerajaan Kelantan bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk mempromosikan pensijilan halal dan dengan pihak berkuasa pensijilan bagi memperkemas dan mengurangkan beban dan kos untuk mendapatkan sijil tersebut.

“Kita mengakui bahawa pensijilan halal dapat mempromosikan keselamatan dan kebolehkesanan makanan, namun kos mendapatkannya bukan sekadar yuran yang dibayar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Sebuah gerai ikan bakar, sebagai contoh, mungkin sukar untuk memohon dan mematuhi keperluan pensijilan halal,” katanya.

Terbaharu, kerajaan Kelantan bakal menjadi negeri pertama di Malaysia mewajibkan pensijilan halal bagi pemilik dan pengusaha premis berasaskan F&B yang beroperasi di negeri itu.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, setakat ini pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), mewajibkan perkara itu.

Pensijilan halal untuk pengusaha F&B di Malaysia adalah bersifat sukarela sejak Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dilaksanakan pada 1974.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pendapatan pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT