Peniaga Pahang patuh arahan jual barang ikut harga kawalan

KUANTAN – Tahap kepatuhan peniaga di Pahang, terhadap pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) amat memuaskan.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri, Sim Chon Siang berkata, ia termasuk pada SHMMP sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali lalu.

Katanya, peniaga diingatkan terus mematuhi peraturan ditetapkan di bawah skim itu dengan tidak menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan terbabit.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum berdepan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala denda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 bagi syarikat.

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu, didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 bagi individu dan boleh denda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat,” katanya selepas pemeriksaan dan tinjauan pelaksanaan SHMMP Krismas di sebuah pasar raya besar dekat Indera Mahkota, hari ini.

Chon Siang berkata, bekalan bagi barangan keperluan termasuk diwartakan di bawah SHMMP mencukupi dan dijual dengan harga lebih murah.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan