Maritim Perak tahan 9 nelayan, 3 tekong warga Indonesia bersama tiga bot

LUMUT – Tiga vesel nelayan asing Indonesia antara yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak termasuk sembilan nelayan dan tiga bot di sekitar 24 batu nautika barat laut Pulau Pangkor, di sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bot tersebut dikesan oleh pasukan operasi KM Malawali ketika melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Ujarnya, hasil pemeriksaan awal, ketiga-tiga vasel dinaik warga Indonesia itu tiada nombor pendaftaran dan disyaki melakukan aktiviti perikanan di dalam perairan Malaysia.

“Malah hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua warga Indonesia yang berasal dari Pantai Labu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Setiap vesel berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga kru warga Indonesia berumur dalam lingkungan 24 hingga 55 tahun.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara tanpa permit sah dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen sah,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Mohamad Shukri, kesemua yang terlibat ditahan manakala hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan disita untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Beliau turut menegaskan, isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara tidak sesekali diambil mudah demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak