Dagangan awal Bursa Malaysia dibuka tinggi

PUTRAJAYA – Bursa Malaysia dibuka tinggi pada awal dagangan pagi ini, didorong keyakinan bahawa indeks petunjuk pasaran tempatan akan terus meningkat menjelang akhir tahun walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.09 mata kepada 1,608.84 daripada 1,608.75 pada Jumaat lalu.

Indeks dibuka tinggi 0.13 mata kepada 1,608.88.

Suasana pasaran positif berikutan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 162 berbanding 122 manakala 336 kaunter tidak berubah, 1,855 tidak diniagakan dan 16 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 142.54 juta unit bernilai RM73.26 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng memberitahu Bernama, Wall Street ditutup bercampur-campur berikutan peniaga kebanyakannya tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) esok.

Walaupun ramai menjangka Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah, hasil 10 tahun AS kekal tinggi pada 4.395 peratus.

Beliau berkata, ini akan meletakkan hutang negara AS yang berjumlah AS$36.2 trilion dalam kedudukan ‘menarik’ apabila penggantungan had hutang berakhir pada 1 Januari 2025.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng (HSI) merosot ke bawah paras 20,000 berikutan rumusan daripada mesyuarat dasar ekonomi China gagal memenuhi jangkaan pelabur.

Sementara menunggu lebih banyak kejelasan, pasaran bon China meningkat dengan hasil 10 tahun mencatatkan paras terendah pada 1.773 peratus.

Dalam negara, FBM KLCI meningkat semula untuk ditutup hampir kepada paras 1,610 berikutan wujud aktiviti belian.

“Kami percaya mudah tunai dalam bursa tempatan masih rendah tetapi berharap indeks akan menguji paras 1,630 sebelum 2024 berakhir.

“Hari ini, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,605 hingga 1,615,” katanya.

Related Posts

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

KALABAKAN – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka membolehkan Sabah menerima 40 peratus bahagian menerusi pelaksanaan projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di negeri ini. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa