Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

KULIM – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya minggu lalu.

Tertuduh, G. Vikneswaran, 43, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh S. Sila, 39, di sebuah rumah di Taman Tiram, di sini antara pukul 6.30 petang dan 9.04 malam, 14 September lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Preeyaa mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember ini.

Media pada 15 September lalu melaporkan pertengkaran sepasang suami isteri dipercayai kerana cemburu berakhir dengan tragedi apabila seorang wanita maut selepas ditikam suaminya sebanyak 13 kali menggunakan pisau lipat di rumah mereka di Taman Tiram.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 39 tahun mengalami kecederaan tujuh tikaman di bahagian dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan.

Selepas kejadian berdarah itu, suspek yang berusia 43 tahun hadir ke Balai Polis Lunas memaklumkan dia menikam isterinya.

Related Posts

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

MUKAH – Projek pembinaan jalan raya sepanjang 11 kilometer (km) di Nanga Baoh yang pernah dibatalkan pelaksanaannya sebelum ini, kini diluluskan semula dengan suntikan dana yang jauh lebih besar mencecah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003