Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

KERAJAAN perlu menjelaskan dengan tuntas apakah peruntukan undang-undang yang menjadi sandaran untuk melaksanakan keputusan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, persoalan itu tidak menyentuh kuasa pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya berkaitan mekanisme pelaksanaan keputusan berkenaan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Menurut beliau, kuasa pengampunan adalah bidang kuasa Perlembagaan dan tidak wajar dipolemikkan sebagai pertentangan dengan institusi Raja.

“Namun, persoalan yang perlu dijawab kerajaan sekarang ialah bagaimana keputusan tahanan rumah itu hendak dilaksanakan menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, Jabatan Penjara sendiri dilaporkan masih menunggu surat rasmi dan perlu memastikan pelaksanaan keputusan berkenaan selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan penjara serta tatacara yang sedang berkuat kuasa.

Katanya, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 20 September lalu bahawa Malaysia belum mempunyai undang-undang khusus mengenai tahanan rumah turut menimbulkan persoalan.

“Lebih penting, beliau menjelaskan cadangan Akta Tahanan Rumah yang sedang hendak digubal itu pada asalnya adalah untuk tahanan reman bagi mengatasi kesesakan penjara, bukan mekanisme sedia ada bagi pesalah yang telah disabitkan dan sedang menjalani hukuman,” katanya.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan menjawab persoalan asas berhubung asas perundangan pelaksanaan tahanan rumah tersebut.

“Jika tahanan rumah hendak dilaksanakan, apakah peruntukan undang-undang yang menjadi sandarannya?

“Saya tidak mempertikaikan kuasa pengampunan. Saya mempersoalkan mekanisme pelaksanaannya,” katanya.

Beliau pada masa sama menggesa Peguam Negara memberikan penjelasan supaya pelaksanaan keputusan itu tidak menimbulkan persoalan mengenai kedaulatan undang-undang.

Menurut Mahfuz, prinsip kedaulatan undang-undang perlu menjadi asas setiap tindakan yang melibatkan pelaksanaan kuasa negara.

“Kedaulatan undang-undang bukan sekadar disebut dalam Rukun Negara. Ia mesti menjadi prinsip apabila kuasa negara dilaksanakan.

“Jangan sampai rakyat melihat seolah-olah keputusan dibuat dahulu, kemudian undang-undang dicari untuk melaksanakannya,” katanya.

Mahfuz berkata, kuasa pengampunan tetap perlu dihormati, namun pelaksanaannya juga perlu berlandaskan undang-undang.

“Pengampunan boleh dihormati. Tetapi kedaulatan undang-undang mesti tetap ditegakkan.

“Jangan jadikan undang-undang seperti payung yang dibuka selepas hujan turun,” katanya.

Related Posts

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

KOTA KINABALU – Keputusan Anthony Loke untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan disifatkan sebagai langkah sukar yang mencerminkan kepimpinan berteraskan prinsip tanpa mengabaikan kepentingan pentadbiran kerajaan. Pengarah Dasar Kebangsaan DAP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

PEMBATALAN pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menghidupkan kembali persoalan mengenai kaedah penyelesaian krisis adat yang pernah disebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003