Anwar buka mata semua pihak jadikan Malaysia kuasa ekonomi seperti 1998

PUTRAJAYA – Sepanjang dua tahun pemerintahan Malaysia Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Kerajaan Perpaduan, Malaysia telah berjaya mencipta pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa termasuk kembali menjadi kuasa ekonomi di peringkat Asia seperti 26 tahun dahulu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, buktinya kini dapat dilihat selepas dua tahun berada di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan, ringgit semakin mengukuh, ekonomi semakin berkembang dan pelaburan asing terus memasuki pasaran negara.

Menurutnya, kejayaan ini sudah pasti hasil daripada kecemerlangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengelola pentadbiran negara dengan adil dan bijaksana, meskipun masih ada sesetengah pihak yang sengaja menutup mata untuk melihat kejayaan yang nyata itu.

“Dalam Kerajaan Madani ini, kita dapat buka mata semua bahawa, kita boleh tingkatkan dari segi ekonomi, teknologi dan dengan gaji yang baik, daripada negara yang sebelum ini gajinya rendah, dengan jawatan-jawatan (pekerjaan) yang kurang tetapi kita berjaya buktikan kita mampu, kita boleh bangkit semula, kita boleh jadi kuasa ekonomi di peringkat Asia ini seperti dahulu tahun 1998.

“Akhirnya dengan kecemerlangan kepimpinan Anwar, dalam masa dua tahun, luar biasa, ringgit makin mengukuh, ekonomi semakin mengembang, pelabur semakin ramai dan dunia pun melihat bagaimana negara kita dalam masa dua tahun dapat mencapai kejayaan seperti ini.

“Bagi mereka (masyarakat antarabangsa) ia luar biasa tetapi bagi kita sebagai rakyat Malaysia tidak nampak, kadang-kadang kita dipengaruhi oleh pemikiran-pemikiran pembangkang yang tidak mahu mengiktiraf kejayaan ini,” katanya ketika ditemui pemberita The Malaysia Press.

Mengulas lanjut mengenai reformasi di dalam pendidikan tinggi selama dua tahun kebelakangan ini, Mustapha berkata, banyak cabaran yang dihadapi terutamanya dalam mengembalikan semula semangat pelajar untuk menyambung pelajaran selepas fenomena Covid-19, namun dengan adanya inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi ‘game-changer’ kepada cabaran itu.

“Selepas post-Covid itu ada satu fenomena anak-anak ini keluarga terutamanya merasakan tidak ada keperluan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana fenomena covid itu timbullah fenomena e-hailing, p-hailing dan mereka boleh dapatkan pendapatan yang lumayan tanpa sijil dan SPM.

“Kita telah meletakkan TVET sebagai ‘game changer’, kita mahu pastikan supaya anak-anak muda yang berminat kemahiran, masuk TVET, dalam masa sama, apabila Perdana Menteri pergi ke seluruh dunia mendapatkan negara-negara untuk melabur di negara ini, pelaburan yang tinggi dalam bidang yang dicari ini sebenarnya yang dapat membuka mata keluarga dan anak-anak bahawa ada harapan baru yang selama ini mereka agak putus asa sebenarnya,” katanya.

Tambahnya, TVET juga telah diangkat sebagai antara ‘game changer’ untuk mempercepatkan visi tenaga mahir negara mencapai sasaran 35 peratus menjelang 2030 dan mengatasi isu ‘unemployment’ dan ‘underemployment’ dalam kalangan graduan.

“Unemployment (pengangguran) itu boleh dikurangkan dan kita berjaya kurangkan dalam kalangan generasi muda tetapi yang menjadi cabaran adalah ‘underemployment’ (lari bidang) sebagai contoh semasa di universiti belajar jurutera tetapi apabila keluar (universiti) dia masuk ke bidang lain yang tidak sesuai dengan bidang yang diambil di universiti dan ini masih lagi menjadi cabaran yang kita cuba tangani,” ujarnya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik