MARA sedia pembiayaan RM1 juta kepada kontraktor Bumiputera

KONTRAKTOR Bumiputera berpeluang mendapatkan bantuan pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE).

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kontraktor Bumiputera boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM1 juta menerusi SPiKE dengan proses kelulusan pantas dua minggu dari tarikh penghantaran dokumen lengkap kepada MARA.

Menurutnya, SPiKE akan membantu kontraktor menampung kos awal projek seperti bahan dan peralatan demi memastikan pelaksanaan berjalan lancar tanpa kekangan kewangan.

“Mara terus komited menyokong kontraktor Bumiputera melalui SPiKE yang menyediakan pembiayaan segera bagi projek kerajaan dan swasta sehingga RM1 juta.

“Selain itu, Perkobf (Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia) juga menyatakan komitmen mereka untuk menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ MARA dalam memaklumkan isu dihadapi di lapangan, terutamanya berkaitan kebajikan serta sokongan terhadap usahawan kontraktor bumiputera,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran itu Asyraf turut memuat naik foto beliau menerima kunjungan daripada Perkobf yang mengadakan perbincangan beberapa cadangan penambahbaikan untuk memudahkan kontraktor menerima kemudahan yang disediakan MARA.

Sementara itu, tinjauan di laman sesawang MARA, antara syarat asas kelayakan adalah warganegara dan bumiputera berumur 18 tahun ke atas, berpengalaman dalam bidang diceburi, menjalankan perniagaan sepenuh masa serta patuh syariah.

Pemohon dikehendaki menggunakan sumbangan modal sendiri tidak kurang 10 peratus kos projek dan bebas daripada disenarai hitam MARA.

Syarat khusus pula adalah kontraktor binaan berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kelas G1, G2, G3, G4 dan G5 atau dahulunya dikenali sebagai F, E, D dan C.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa