Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

KOTA KINABALU – Keputusan Anthony Loke untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan disifatkan sebagai langkah sukar yang mencerminkan kepimpinan berteraskan prinsip tanpa mengabaikan kepentingan pentadbiran kerajaan.

Pengarah Dasar Kebangsaan DAP, Datuk Chan Foong Hin berkata, Loke memilih untuk menyatakan pendirian parti melalui peletakan jawatannya, manakala anggota DAP lain dalam kerajaan diminta meneruskan tanggungjawab dan perkhidmatan kepada rakyat.

“Bagi saya, inilah saat kepimpinan benar-benar diuji. Kepimpinan bukan semata-mata mengenai kuasa atau kedudukan yang kita miliki.

“Ia juga mengenai kesanggupan membuat keputusan sukar apabila prinsip yang kita pegang menuntut kita berbuat demikian.

“Loke telah menyatakan pendiriannya dengan jelas, sambil menyedari bahawa kerajaan perlu terus berfungsi dan melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat,” ujarnya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Chan, cadangan supaya hanya Loke meletakkan jawatan pada awalnya tidak dipersetujui beberapa anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam mesyuarat yang berlangsung lebih tiga jam.

“Beberapa pemimpin berpandangan sekiranya keputusan itu dibuat atas dasar prinsip, anggota DAP lain dalam kerajaan juga seharusnya berundur sebagai tanda solidariti.

“Bagaimanapun, keputusan akhir Loke kemudiannya diterima secara konsensus dan mendapat sokongan penuh kepimpinan parti.

“Dengan kekal berada dalam kerajaan, kami masih mempunyai tanggungjawab serta peluang untuk meneruskan agenda reformasi dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat,” kongsinya.

Chan berkata, keputusan itu turut mencerminkan keupayaan seorang pemimpin mengimbangi prinsip, realiti politik dan keperluan memastikan pentadbiran negara terus berjalan dengan berkesan.

“Bagi saya, inilah yang dimaksudkan dengan kepimpinan yang melangkaui kedudukan.

“Kepentingan peletakan jawatan bukan sahaja bergantung kepada pendirian politik, tetapi turut ditentukan oleh perkembangan yang berlaku selepasnya,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Loke mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dan akan menyerahkan surat rasmi kepada Perdana Menteri selepas menyelesaikan beberapa urusan tertunggak di kementeriannya.

Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat tergempar CEC DAP bagi membincangkan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Related Posts

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

KERAJAAN perlu menjelaskan dengan tuntas apakah peruntukan undang-undang yang menjadi sandaran untuk melaksanakan keputusan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak. Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, persoalan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

PEMBATALAN pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menghidupkan kembali persoalan mengenai kaedah penyelesaian krisis adat yang pernah disebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003