Nakhaie ramal Pas akan mati sendiri

BEKAS Naib Presiden Pas, Ustaz Nakhaie Ahmad meramalkan pencapaian Pas dalam pilihan raya umum ke-16 nanti akan merosot kembali ke tahap pencapaian asal parti itu yang hanya mampu menenang dua tiga kerusi sahaja.

Katanya, pencapaian Pas dalam pilihan raya lepas sehingga memperolehi lebih 40 kerusi adalah kemuncak dan Pas tidak
mungkin melonjak lebih dari itu lagi.

Bercakap di dalam wacana berjudul Sekularkah Malaysia, anjuran Majlis Ulama UMNO yang disiarkan secara dalam talian semalam, pemidato hebat Pas pada tahun 80-an itu berkata, masyarakat Melayu dan rakyat negara ini sudah faham tentang retorik dan khayalan Pas dalam perjuangannya yang berslogankan Islam.

Katanya, Pas hanya boleh menipu beretorik, jual slogan dalam kalangan pengikutnya saja yang tidak berilmu, tetapi bukan kepada pasaran terbuka dalam kalangan anak muda yang berpendidikan.

“Pencapaian Pas sudah kemuncak dan ia tidak akan melonjak lagi, Pas beransur lemah. Perjuangan Pas berpegang kepada slogan dan bukannya kepada asas sebenar ketamadunan,” ujarnya.

Sementara itu, Nakhaie tidak bersetuju dengan cadangan seorang peserta agar Pas diharamkan.

Katanya, Pas tidak perlu diharamkan atau dibunuh kerana ia akan mati dengan sendirinya, hanya perlu tunggu sahaja masa kehancurannya.

“Perjuangan Pas tidak berteras kepada ketamadunan Islam seperti disebut al-Quran, tetapi ia bergantung kepada slogan, perjuangan sebegitu kosong dan tiada teras, ia hanya khayalan,” katanya.

Menjawab gesaan agar UMNO berbaik dengan Pas demi perpaduan Melayu, Nakhaie juga kurang bersetuju dan mengatakan sulit untuk bersama Pas kerana perbezaan fikrah.

“Penyatuan tidak berlaku selagi keduanya berbeza fikrah. Hanya fikrah yang sama sahaja memungkinkan penyatuan, kita telah cuba berkali-kali tetapi gagal.

“Ini boleh kita merujuk kepada Muafakat Nasional antara UMNO dengan Pas yang akhir musnah kerana ketidakjujuran Pas,” katanya.

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat