
BEBERAPA akaun media sosial dikesan sedang giat menyebarkan naratif kebencian terhadap Kerajaan Perpaduan.
Semakin hari tahap keagresifan penyebaran itu semakin meningkat dan sehingga tergamak mereka membabitkan institusi raja Melayu.
Hari ini dikesan sebuah akaun – y@zid@gp – menyebarkan naratif mengaitkan sultan sebuah negeri yang kononnya kecewa berkaitan isu ‘Titah Adendum’.
Perkongsian itu setakat ini melibatkan 2,292 ulasan (komen) yang rata-ratanya ‘panas’ dipercayai terpengaruh dengan hantaran akaun itu.
Sungguhpun ada komentar yang bersifat memberi nasihat dan peringatan agar berita seumpama itu tidak disiarkan, jumlahnya sangat kecil.
Suara rasional seumpama itu kelihatan ‘tenggelam’ di dasar emosi bara pengikut akaun itu yang sudah teruk terhasut.
Hantar oleh pihak pengendali akaun itu memaparkan gambar paras dada sultan sebuah negeri dengan berpakaian kerajaan negeri tersebut dan berdastar.
Di bawah gambar itu, terdapat kononnya tajuk sebuah laporan berita yang memaparkan kecaman sultan berkenaan ke atas Perdana Menteri Kesepuluh (PMX).
Di bawah pula terdapat tarikh berita berkenaan iaitu 11 Disember 2024 | 7:15 pagi | Dikemas kini 10:15 hari berkenaan.
Selanjutnya terpapar klausa laporan yang juga kononnya kekesalan ke atas PMX dipercayai berkaitan ‘Titah Adendum’.
Tidak dapat dipastikan daripada mana sumber gambar dan teks laporan tersebut.
Sungguhpun begitu, terdapat ungkapan tambahan dipercayai dipaparkan pengendali akaun media sosial itu yang berbunyi; “Kalau Raja pun Dia langgar… setakat rakyat Dia kencing berdiri.”
Demikianlah sedikit perkongsian tentang kebobrokan sikap sebahagian pembenci Kerajaan Perpaduan yang kelihatan semakin tidak berani berlaku biadab.
Perkembangan yang tidak sihat dipercayai akan semakin besar saiz dan wilayahnya jika tidak segera dibendung.
Pembendungannya barangkali hanya benar-benar berpadanan melalui tindakan keras selaras undang-undang sedia ada.
Inilah yang sepatutnya diberi perhatian sekarang.
Tidak perlu ada tolak ansur lagi kepada mereka yang berkenaan.
Hal itu kerana jumlah akauan biadab seumpama itu kini kian bertambah dan seolah-olah kebal daripada tindakan pihak berkuasa.
Pertanyaannya sekarang, bila tindakan itu mahu diambil?
Adakah kita perlu menunggu sehingga hampir “nasi menjadi bubur?”

