Projek Jendela fasa dua giat diperkukuh

PONTIAN – Kementerian Komunikasi akan terus memberikan komitmen tinggi dalam menyelesaikan masalah capaian internet terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, sehingga kini, pihaknya giat menguji pelbagai teknologi baharu menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) fasa dua yang bakal menyelesaikan isu capaian internet di 1.8 peratus kawasan terjejas dengan kemudahan itu.

Menurut beliau, ia termasuklah mempertimbangkan penggunaan peranti jalur lebar tanpa wayar oleh Tarana selepas ujian awal di empat lokasi termasuk di Kampung Seri Bunian, Pontian dan Sedenak, Kulai menunjukkan keputusan memberangsangkan.

“Saya lihat dari segi spesifikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus mengkaji tetapi ada beberapa perkara yang saya boleh pertimbangkan untuk kegunaan dalam penyelesaian yang kita rangka contohnya dalam program Jendela fasa dua.

“Pelbagai teknologi baharu yang muncul kita dapati stabil, ideal, agak pantas dan telah digunakan beberapa negara lain serta berkemampuan untuk menyelesaikan masalah khusus Malaysia.

“Contohnya, kita ada tempat yang bergunung-ganang, berbukit-bakau dan ada juga yang merentasi sungai ataupun sampai ke pulau-pulau, untuk melengkapkan 1.8 peratus kawasan berpenduduk yang masih belum ada internet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja meninjau tapak projek Prove of Concept (POC) Tarana di Dewan Masyarakat Kampung Seri Bunian, di sini, hari ini.

Menurut Fahmi, Kampung Seri Bunian ini menjadi salah satu lokasi pengujian oleh Tarana Wireless, sejak Oktober lalu.

Katanya, tempoh ujian berjalan dua hingga tiga bulan dengan mengambil kira kesan Musim Timur Laut (MTL).

“Perujian teknologi baru ini bermula sebelum MTL hingga hari ini, jadi kita ada data ketika cuaca hujan dan cuaca kering, data ini akan membantu kita sebab ada dua cuaca berbeza dan dua menara berbeza tempat lokasi berbeza maka kita akan teliti secara keseluruhan,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan prestasi pelaksanaan Jendela fasa satu sangat tidak memuaskan dengan pelbagai masalah termasuk teknologi yang digunakan tidak sesuai dengan lokasi.

“Semasa dalam Parlimen saya ada sebutkan Jendela fasa satu daripada 1,661 menara yang dirancang, hanya 1,385 menara siap dibina, dan daripada jumlah itu, hanya 808 menara digunakan, setakat ini.

“Kita teliti dan antara kesilapan yang kita anggap wujud kecelaruan pada ketika itu ialah teknologi yang digunakan tidak sesuai dengan lokasi tertentu, di samping masalah tanah dan bekalan tenaga,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan