Bantuan bakul makanan iltizam Kerajaan Madani santuni golongan memerlukan

LAHAD DATU – Agihan bantuan bakul makanan merupakan iltizam Kerajaan Madani dalam menyantuni golongan memerlukan di setiap Parlimen di Sabah. 

Setiausaha Politik (Supol) Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, bantuan tersebut merupakan sumbangan dari Pejabat Perdana Menteri. 

“Program ini merupakan sumbangan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 250 asnaf Lahad Datu kerana kita tahu ini adalah Parlimen yang perlu diberi perhatian bukan sahaja Kerajaan Negeri tetapi juga Persekutuan. 

“Selepas ini akan ke Tawau, Semporna dan kembali semula ke Penampang untuk saya santuni cabang seluruh Sabah,” katanya kepada pemberita selepas program agihan bantuan asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam di Golden Velvet Ballroom di sini pada Selasa. 

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Amal Darmabakti Lahad Datu yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Silam, Romansa Lamin berkata, pertubuhannya juga akan sedaya upaya membantu masyarakat selaras dengan hasrat Perdana Menteri mengubah nasib rakyat. 

“Saya percaya inilah yang terdapat dalam teras Malaysia Madani iaitu Ihsan terhadap saudara kita, yang senang bantu pada yang susah.

“Sekiranya banyak rezeki, akan ramai lagi sasaran penerima termasuk ibu dan bapa tunggal,” katanya.

Seorang penerima OKU, Julhairah Jorahamad, 54, menzahirkan kesyukuran atas bantuan yang diterima dan berharap agar bantuan berupa bakul makanan ini sentiasa diteruskan untuk masyarakat setempat. 

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana ini pertama kali juga saya terima, jadi terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Pertubuhan Darmabakti Lahad Datu yang menyenaraikan saya, semoga pemberi dilimpahi banyak rezeki kerana membantu kami,” katanya. 

Bagi Nurhidayah Harun, 18, dia yang selalu menerima bantuan daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan bakul makanan barangan menyifatkan bantuan sedemikian sememangnya sangat membantu penerima.

“Terima kasih saya ucapkan kerana bakul makanan ini amat memberi manfaat untuk keluarga dan mengurangkan beban perbelanjaan,” ujarnya. 

Antara barangan dapur yang diterima setiap penerima antaranya beras lima kilogram, mi kuning, kicap, tepung dan sekilogram bawang merah serta bawang putih.

Related Posts

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

KOTA KINABALU – Polis Sabah mendedahkan kewujudan modus operandi baharu penyalahgunaan dadah apabila sindiket dikesan memproses bahan terlarang dalam bentuk cecair untuk digunakan menerusi vape. Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KALABAKAN – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memberi perhatian serius insiden video tular memaparkan seekor gajah Pygmy Borneo dipercayai mengalami kecederaan pada bahagian belalai di kawasan Felda Kalabakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti