Alkisah sekumpulan badut

SEBELUM ini kita hanya melihat kelibat badut dalam sesebuah filem atau drama.

Paling dekat pun, badut itu muncul dalam sketsa atau persembahan ringkas dalam sesebuah pesta keramaian rakyat.

Hari ini kita melihat badut itu secara rasmi dalam siaran langsung satu persidangan di ‘dewan yang mulia’.

Alkisahnya, sekumpulan badut itu mahu mengeroyok suatu susuk yang bergelar ‘Piemeks’ dalam pelbagai isu.

Isu itu sudah direncanakan dan si badut yang mana akan menggunakannya untuk menyerang ‘Piemeks’ itu telahpun ditetapkan.

Maka berkeriaulah mereka bak ‘beruk mat yeh’ dan selayaknya si badut – memulakan serangan dengan isu popular iaitu ‘Titah Add***um’.

Dua ekor badut tampil dengan lagak adiwira menghambur kosa kata bercampur air liur pengit.

Berhempas-pulas cuba mereka mengeronyok ‘Piemeks’ dari segenap segi tapi akhirnya apa yang mereka dapat?

Ya, mereka dapat ‘kesipuan’. Alahai, kasihan!

Dengan wajah kusam, hidung membesar seperti dilumuri gincu merah, kumpulan badut itu menelan air liur pengit masing-masing.

Memang patut pun mereka menerima kesipuan begitu kerana isu yang mereka bawa itu bukannya isu tulen puak mereka pun.

Mereka berbuat begitu hanya untuk melaga-lagakan kesatuan puak pimpinan ‘Piemeks’ sahaja.

Mereka cuba menangguk di air keruh; menahan lukah di pergentingan.

Mereka membuktikan mereka itu sekumpulan penghasut yang menyamar pejuang.

Pun begitu, watak sebenar mereka tetaplah si badut sepanjang tahun ini.

Dihuruharakan mereka semua perkara sepanjang 2024, dengan isu ketimbang, isu bekalan makanan, isu nilai ringgit, dan sebagainya.

Setiap badut itu silih berganti membesarkan hidung mereka tetapi hari ini parah mereka dibalun oleh ‘Piemeks’.

Nasib kamulah badut!

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara