Dua cedera motosikal terbabas di Taman Awam Teluk Likas

KOTA KINABALU – Dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang terbabas di Taman Awam Teluk Likas di sini pada pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Ordine Gilu berkata, mangsa lelaki berusia 39 tahun mengalami kecederaan di bahagian bahu manakala mangsa perempuan berusia 33 tahun pula cedera parah.

“Mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Likas menggunakan jentera ‘Emergency Medical Rescue Services’ (EMRS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ordine berkata pihaknya menerima panggilan melalui talian balai mengenai kejadian tersebut pada pukul 9.20 pagi.

Katanya, sepasukan tiga anggota bomba bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 10 kilometer dari balai bomba.

“Operasi ditamatkan pada pukul 9.45 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok