Laporan kes Nik Elin sedang dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam ketika ini dalam proses memuktamadkan laporan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Moktar berkata, pihaknya telah menerima maklumat itu dari pengerusi jawatankuasa itu, Tun Zaki Azmi dan laporan penuh akan diserahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Setakat hari ini, saya dimaklumkan oleh Tun Zaki, (ia) dalam proses memuktamadkan laporan dan diserahkan ke pengerusi MKI, Sultan Perak yang pengerusikan Jawatankuasa MKI,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohd Na’im berkata demikian bagi menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) berhubung isu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin.

Sebelum ini, Mohd Na’im menegaskan,  Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN untuk Menggubal Undang-Undang Islam sentiasa diberikan ruang sepenuhnya untuk mengkaji isu berkaitan kompetensi DUN dan bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntuk di bawah Butiran 1, Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, semua cadangan jawatankuasa itu, yang dipengerusikan Zaki akan dikemukakan kepada Mesyuarat MKI dan seterusnya diangkat kepada Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi dan diperkenan.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar menghormati menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.

Sultan Sharafuddin yang mempengerusikan MKI ke-71 bertitah, usaha mencari jalan mengatasi isu ini adalah dengan mengkaji kaedah memperluas kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu yang mengisytiharkan 16 kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan sebagai batal dan tidak sah.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin. 

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari