Sokong komitmen kerajaan negeri pertahan sumber asli Sabah – Nizam

KOTA KINABALU – Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sebagai rakyat Sabah beliau percaya ketegasan kerajaan dalam menjaga kedaulatan sumber asli negeri.

Katanya, itu adalah langkah penting untuk memastikan Sabah terus maju tanpa menggadaikan kepentingan alam sekitar.

“Saya menyokong kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen melombong kepada mana-mana pihak.

“Sumber mineral Sabah juga akan terus dijaga dengan penuh integriti demi kesejahteraan rakyat.

“Mengeluarkan lesen ‘prospecting’ untuk tujuan penerokaan dan kajian geomineral adalah satu hal yang biasa untuk tujuan kajian dan meneroka potensi,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Apas, menjelaskan, pada masa yang sama, usaha pihak tertentu untuk memanipulasi fakta melalui penyebaran video dan propaganda politik bagi mencetuskan keresahan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Tuduhan palsu sebegini hanya bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negeri serta mencemarkan nama baik kerajaan.

“Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada pentadbiran Ketua Menteri atas komitmen untuk mempertahankan prinsip ketelusan, keadilan dan kejujuran dalam pengurusan sumber asli negeri.

“Marilah kita semua bersama-sama menyokong usaha ini demi memastikan Sabah terus maju, stabil dan makmur untuk generasi masa depan,” katanya.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak