Sarawak mahukan hak, pertahankan Perlembagaan Sarawak dan Persekutuan – Abang Johari

KUCHING – Sarawak hanya mahu mendapatkan hak berdasarkan undang-undang dan perlembagaan yang sah.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perjuangan Sarawak mahu mendapatkan hak yang sepatutnya bukan kerana tamak.

“Saya menegaskan semua tuntutan Sarawak berdasarkan undang-undang dan perlembagaan yang sah,” ujar beliau.

Tambah beliau, Sarawak tidak akan mengambil sesekali mengambil hak orang lain.

“Jika kita tamak, kita akan mengambil hak orang lain tetapi kita bukan tamak kerana mahu menegakkan perkara yang betul,” jelas beliau.

Jelas beliau lagi, Perlembagaan Sarawak sangat jelas, dalam Artikel 47, pewarisan harta sangat jelas dalam Perlembagaan Sarawak.

“Perkara yang sama juga terpakai kepada Perlembagaan Persekutuan,”kata beliau ketika ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching pada Rabu.

Sementara itu, Abang Johari berkata Perlembagaan Sarawak dan Persekutuan perlu sentiasa dipertahankan.

“Sebab itu, saya memberitahu kepada Datuk Amar Douglas Unggah bahawa saya berada di sini kerana mahu Perlembagaan Sarawak dan Persekutuan sentiasa perlu dilindungi,” ujar beliau lagi.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar