Sanusi kurangkan kritikan, berbaiklah dengan Kerajaan Persekutuan

ALOR SETAR – Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid melihat tiada masalah bagi Kerajaan Persekutuan untuk membantu Kedah dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur pasca banjir. 

Menurutnya, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membantu Kedah dalam pengurusan pasca banjir di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar mengurangkan kritikannya terhadap Kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak nampak mengapa kerajaan persekutuan tidak boleh membantu, Bila orang nak tolong, kita jangan sombong sangat, cakap bagi elok sikit, tetapi saya rasa MB Kedah perlu berkelakuan lebih beradab. Saya rasa jika dia cakap elok-elok, orang akan lebih cenderung membantu.

“Saya rasa PM juga ingin membantu tetapi dia (Sanusi) selalu ‘bantai’ (kritik kerajaan persekutuan),” katanya pada sidang akhbar semalam.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) negeri di Bangunan Tunku, di sini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Muhammad Sanusi yang berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk membantu Kedah selepas satu lagi episod banjir yang menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur di negeri itu. 

Menurutnya, beliau yakin Kedah akan mendapat perhatian Perdana Menteri berdasarkan hubungan baik antara kedua-dua pihak.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, kerajaan persekutuan sebenarnya telah membantu negeri-negeri sebelum banjir berlaku baru-baru ini.

“Saya percaya Kerajaan Persekutuan telah membantu Kedah dalam persiapan menghadapi banjir selepas MET Malaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca (hujan lebat berterusan) sebelum bencana itu.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah menyediakan semua keperluan di pusat pemindahan sementara seperti khemah partition, tilam mudah alih dan sebagainya.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan makanan untuk mangsa banjir, semua ini memerlukan bajet yang besar. Anggota bomba, polis dan agensi penyelamat lain juga bersiap sedia. Maksudnya, semua agensi persekutuan telah bersiap sedia untuk memberikan bantuan sebelum bencana itu berlaku,” ujarnya.

Tambahnya, selepas banjir surut, terdapat kerosakan kepada infrastruktur awam seperti klinik, hospital, balai polis dan jalan raya. 

Menurut beliau, semua ini memerlukan bajet daripada kerajaan persekutuan dan berkenaan rumah mangsa banjir yang rosak, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memberikan bantuan untuk kerja-kerja pembaikan.

Related Posts

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

KUCHING – Seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum diheret sebuah lori dalam satu kemalangan tragis di Jalan Canna pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus