Jaga-jaga gelombang kedua banjir 8-14 Disember ini – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan luruan angin sejuk atau luruan monsun yang dijangka melanda pada 8 hingga 14 Disember ini berpotensi membawa hujan lebat berpanjangan dan mencetuskan gelombang kedua banjir di negeri Pantai Timur Semenanjung.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, hujan lebat berterusan dalam tempoh berkenaan juga berpotensi melanda Sarawak dan Sabah, selain negeri-negeri di barat Semenanjung apabila intensiti luruan adalah kuat.

Menurutnya, luruan monsun akan turut menyebabkan angin kencang dan keadaan laut bergelora di Laut China Selatan.

“MET Malaysia sentiasa memantau luruan monsun yang dijangka berlaku dalam tempoh seminggu bermula 8 hingga 14 Disember. Kita memantau situasi dan akan mengeluarkan amaran sebaik sahaja output model ramalan mencapai tahap keyakinan yang tinggi,” lapor BH pada Selasa.

Beliau menjelaskan, musim sejuk di hemisfera utara menyebabkan pembentukan kawasan tekanan udara yang tinggi di tanah besar China dan Siberia.

“Apabila intensiti tekanan udara terlalu tinggi, ia akhirnya akan meletus dan seterusnya menghasilkan luruan angin sejuk yang akan bergerak melalui Laut China Selatan dan seterusnya ke pantai timur Semenanjung serta perairan Sabah serta Sarawak,” katanya.

Ditanya sama ada gelombang kedua banjir yang diramalkan akan lebih buruk berbanding bencana itu ketika ini, Hisham berkata, MET Malaysia masih memantau situasi dan akan mengeluarkan amaran awal.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa merujuk lamanweb www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun