75,483 mangsa banjir terkini di tujuh negeri

PUTRAJAYA – Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lapan negeri telah menurun kepada 75,483 orang daripada 22,796 keluarga berbanding 135,397 mangsa pada Isnin, melibatkan 267 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih dibuka setakat pukul 3.30 petang, Selasa.

Menerusi semakan di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mencatatkan penurunan sehingga 22.22 peratus di mana jumlah mangsa banjir yang masih berada di 98 buah PPS yang masih dibuka adalah seramai 44,925 orang berbanding 86,089 pada Isnin.

Walau bagaimanapun, jajahan Pasir Mas dan Tumpat masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan memasing 22,691 orang 20,922 orang di keseluruhan 91 PPS sejak minggu lalu, melibatkan penduduk daripada 16 mukim.

Di Terengganu, seramai 12,062 mangsa banjir dilaporkan telah mendaftar keluar pada Selasa, menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri itu menurun kepada 21,452 orang daripada 5,684 keluarga berbanding 37,243 mangsa pada Isnin, di mana daerah Dungun mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 7,445 orang.

Sementara itu, kesemua 24 PPS di kawasan Raub, Jerantut dan Lipis, yang menempatkan 1,547 orang daripada 506 keluarga telah ditutup manakala dua PPS baharu telah dibuka di Temerloh dan Bera, menempatkan empat orang mangsa banjir terbaharu di daerah itu.

Di Perak pula, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 644 orang berbanding 511 mangsa pada Isnin, malah dua PPS baharu juga dibuka di kawasan Perak Tengah yang menempatkan 64 mangsa, manakala jumlah mangsa tertinggi masih lagi berada di daerah Kinta iaitu melibatkan 407 mangsa daripada 124 keluarga.

Selain itu, berdasarkan laman web rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), banjir diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Setiu dan Besut berikutan aras air Sungai Besut dan Sungai Setiu yang dijangka akan menaik dan melebihi aras bahaya.

Lokasi yang dijangka banjir melibatkan kawasan-kawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer di sekitar lembangan Sungai Besut dan Sungai Setiu di Kampung Belaoh, Kg La, Kg Chegar Batang, Kg Jerubun, Kg Darau, Kg Gong Surau, Kg Pengkalan Nangka, Kg Besut, Kg Hulu Seladang, Kg Che Long.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan