Pengasas Sang Riang terima pingat Datuk

KUANTAN – Pengasas Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Yap Yoke Moey dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang membawa gelaran Datuk, hari ini.

Beliau memulakan operasi rumah kebajikan percuma untuk warga emas pada tahun 2003 di Triang, dekat Bera, mengakui terharu dengan penganugerahan itu.

Berasal dari Salak Selatan, Kuala Lumpur, Yoke Moey berhijrah ke Triang pada tahun 1978, selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Chen Sik Kwong dan mereka mempunyai empat orang anak.

Mula mengusahakan rumah kebajikan itu menggunakan wang simpanan sendiri, beliau tidak menyangka usahanya mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Baginda pernah mencemar duli melawat rumah kebajikan berkenaan sekitar September tahun lalu, ketika Al-Sultan Abdullah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Sudah tentu penganugerahan ini akan memberi semangat kepada saya dan warga Sang Riang untuk terus menabur bakti kepada masyarakat, terutamanya penghuni rumah kebajikan yang kami usahakan,” katanya.

Istiadat pengurniaan pingat dan darjah kebesaran Pahang itu diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Mengulas lanjut mengenai operasi Sang Riang, Yoke Moey berkata, buat masa ini terdapat 485 penghuni ditempatkan di situ.

“Penghuni di Sang Riang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama… semua dapat hidup bersama secara harmoni dan setiap keperluan mereka kita sediakan sebaik mungkin.

“Kami juga sangat menghargai sumbangan dan sokongan pelbagai pihak dalam menguruskan rumah kebajikan ini.

“Saya berharap usaha baik yang kami lakukan dapat diteruskan untuk satu tempoh yang panjang walaupun banyak cabaran – terutamanya membabitkan kos operasi – yang kami hadapi,” katanya.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat