Program SAMAsedia 2024 gilap bakat kepemimpinan belia

BALADIN – Seramai 40 belia di Beladin menyertai Program SAMAsedia Siri 4 Beting Maro 2024 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) selama tiga hari dua malam bertempat Masjid Al-Amin.

Program SAMAsedia ini berlatar belakangkan program kepemimpinan yang menggunakan pendekatan yang lebih santai dan berimpak tinggi serta dipersiapkan dengan ilmu asas menjadi seorang pemimpin dalam mengharungi kehidupan yang sebenar.

Menurut Pengerusi Masjid Al-Amin, Zakaria Mos berkata golongan belia adalah harapan masa depan masyarakat, negeri dan negara.

“Oleh itu, dengan adanya program SAMAsedia ini kita dapat melatih dan mengilap belia untuk menjadi pelapis pemimpin masyarakat kita di Sarawak.

“Untuk menjadi pemimpin, belia harus memajukan diri dalam pelajaran dan meningkatkan kemahiran masing-masing,” ujar beliau.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk melanjutkan pelajaran hingga ke institut pengajian tinggi contohnya menyediakan pinjaman dan biasiswa.

“Selain itu, pada 2026, pihak kerajaan Sarawak akan menawarkan pendidikan percuma untuk pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak,” jelas beliau lagi ketika membaca teks ucapan perasmian mewakili Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli pada Ahad.

Sementara itu, Penyelaras program SAMAsedia 2024 merangkap Biro Politik AKYBMS Sulhie Salleh berkata, penganjuran program ini bertujuan mempersiapkan golongan belia untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Untuk rekod, program SAMAsedia ini merupakan anjuran AKYBMS dengan kerjasama Susuol Management, Pusat Kidmat Batang Lupar dan Pusat Khidmat Beting Maro.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak