Ewon Pengerusi PH Sabah yang baharu

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dipilih sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu untuk penggal 2024 hingga 2026 menerusi Mesyuarat Agung PH Sabah yang diadakan di sini, pada Ahad.

Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, pelantikan itu merupakan tanggungjawab besar yang perlu digalas bagi memastikan jentera PH Sabah dan Kerajaan Madani dapat memberi masa depan yang lebih baik kepada rakyat Sabah.

“PH Sabah mempunyai autonomi dalam menentukan tadbir urus dan kerjasama politik.

“Keputusan mesyuarat agung PH Sabah hari ini telah memenuhi semua kehendak perlembagaan PH dan telah berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat Agung PH.

Ewon menyatakan tidak timbul perasaan gabungan PH mesti diterajui oleh parti tempatan kerana ia mempunyai wawasan dan matlamat yang lebih besar iaitu memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat Sabah.

“Sama ada Pengerusi PH Sabah diterajui oleh parti PKR, DAP, Amanah atau UPKO, ianya perkara ‘secondary’.

“PH Sabah mengambil bahagian dalam proses kepimpinan dan demokrasi negara kerana mahu memastikan hak pembangunan, hak Perlembagaan dan masa depan yang lebih baik kepada rakyat Sabah.

“PH Sabah juga mahu memastikan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus stabil bagi membangunkan Persekutuan Malaysia,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Christina Liew atas sumbangan sepanjang menjadi Pengerusi PH Sabah selama ini.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan