PH Sabah rancang strategi hadapi PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe menyatakan bahawa perbincangan yang diadakan adalah amat positif dalam usaha mencapai dan merangka strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN17) Sabah akan datang.

Beliau berkata ini adalah Mesyuarat Agung Pakatan Harapan (PH) Sabah (AGM) yang sangat penting dan hari yang bermakna buat PH Sabah.

“Banyak pihak sedang bersiap sedia untuk pilihan raya dan mesyuarat ini telah menetapkan hala tuju serta jalan ke hadapan bagi PH Sabah sebagai salah satu parti arus perdana di negeri ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Phoong turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah.

“Kami di DAP Sabah memberi sokongan penuh kepada beliau. Saya sudah lama bekerjasama dengan Datuk Ewon dari masa pentadbiran kerajaan dahulu sehingga kini dalam jawatan korporat dan menteri.

“Saya tahu keperibadian beliau sebagai seorang pemimpin yang baik.

“Kami berkongsi aspirasi yang sama dan ingin berkhidmat untuk negara ini khususnya Sabah dengan penuh dedikasi untuk memperbaiki keadaan di negeri ini.

“Kita juga dapat melihat golongan pemimpin muda mengambil alih yang berkemampuan dalam politik yang dinamik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan,” katanya lagi.

Sebagai Timbalan Pengerusi PH Sabah, beliau berjanji akan memberikan sokongan penuh kepada Ewon.

Beliau turut memaklumkan bahawa perbincangan lebih mendalam mengenai tindakan, rundingan kerusi dan perkara lain dijangka berlangsung dalam mesyuarat akan datang yang dijadualkan pada Disember.

“Kami berharap dapat memastikan Pakatan Harapan bukan sahaja kekal relevan tetapi juga menjadi pilihan terbaik untuk rakyat Sabah,” tegas beliau.

Mesyuarat Agung Pakatan Harapan (PH) Sabah berlangsung dengan kehadiran empat parti komponen iaitu UPKO, DAP, PKR dan Amanah yang diadakan di sini pada Ahad.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa