Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku

PASTOR sambilan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya sebelum menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh yang dikenali sebagai N. Deanesh, 53, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ibunya, Catherine Daniel, 77, di sebuah rumah di Taman OUG, Brickfields antara 21 Mac hingga 26 Mac 2021.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berkerusi roda hanya berkata faham, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @Mohamad Saim.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

12 November lalu, negara digemparkan penemuan mayat wanita telah di dalam peti sejuk beku di rumah di Taman OUG.

Pasukan polis yang menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira 9 pagi telah membuat pemeriksaan rumah tersebut dan menjumpai mayat ibu tertuduh di dalam peti sejuk beku.

Polis mengesahkan mangsa telah ditumbuk di dada hingga maut pada Mac 2021 sebelum disumbat ke dalam peti sejuk beku.

Mahkamah menetapkan 7 Februari ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, perubatan dan padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017