13 ditahan termasuk penjawat awam terbabit kartel pindah milik tanah – JSJK Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Polis memberkas 13 individu termasuk penjawat awam kerana disyaki terbabit dengan kartel pindah milik tanah secara tidak sah membabitkan sebuah pejabat tanah dan daerah di Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang penolong pegawai daerah pada awal bulan ini.

Katanya, pengadu tampil membuat laporan polis selepas mendapati wujud beberapa transaksi pindah milik tanah yang mencurigakan dan berlaku secara tidak sah.

“Siasatan yang dijalankan mendedahkan terdapat sindiket dan kartel di dalam pejabat tanah yang menjalankan kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.

“Sindiket ini dipercayai mengeksploitasi sistem dengan memadam serta menghilangkan rekod-rekod penting pindah milik.

“Setakat ini dipercayai terdapat enam transaksi pindah milik secara tidak sah membabitkan enam bidang tanah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK, Menara KPJ pada Selasa.

Ramli berkata, susulan siasatan yang dijalankan, pihaknya menahan 13 individu terdiri daripada tujuh lelaki dan enam wanita berusia lingkungan antara 26 hingga 59 tahun, lapor BH.

Beliau berkata, antara suspek yang ditahan itu adalah kakitangan di pejabat tanah dan daerah terbabit, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Ramli berkata seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun kerugian RM1.08 juta wang simpanan persaraan selepas menjadi mangsa ‘phone scam’.

Katanya, mangsa tampil membuat laporan polis di Pulau Pinang, semalam dan menyatakan menerima panggilan dari individu mengaku kononnya pegawai dari ‘Tabung Haji’ pada 18 Oktober lalu.

“Mangsa dimaklumkan akaun miliknya didapati terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram. Seterusnya mangsa dihubungi oleh seorang yang mendakwa dari Balai Polis Ampang yang kononnya akan membuat siasatan terhadap pengadu.

“Mangsa turut diingatkan supaya tidak menceritakan perihal siasatan tersebut kepada orang lain atau mangsa akan ditangkap,” katanya.

Ramli berkata mangsa juga diarahkan ‘melaporkan diri’ lima kali sehari kepada ‘Puan Suraya’ yang kononnya seorang pendakwa raya.

“Mangsa diarahkan membuka akaun bank baharu dan memindahkan semua wang miliknya ke akaun bank tersebut dan menyerahkan butiran perbankan akaun kepada pihak sindiket.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila bercerita perkara tersebut kepada anaknya,” katanya.

Ramli berkata, semakan lanjut mendapati wang dari akaun bank yang baharu dibuka mangsa itu sudah dipindahkan ke beberapa bank yang belum dikenalpasti melalui 60 transaksi berbeza.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kepada anak-anak, tolonglah nasihatkan ibu bapa, pakcik, makcik, saudara, rakan taulan terutamanya warga emas.

“Selitkan perkara ini sebagai agenda perbualan supaya mereka tahu dan terdetik di pemikiran mereka apabila menerima panggilan sebegini,” katanya.

Related Posts

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital
  • SitiSiti
  • October 7, 2026

KERAJAAN Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam agenda transformasi digital dengan memperkenalkan MyGOV Malaysia, sebuah aplikasi mudah alih bersepadu yang berfungsi sebagai pusat rujukan sehenti (one-stop center). Aplikasi ini dibangunkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

KELMARIN, rakyat Kedah khususnya peminat sukan permotoran dikejutkan dengan berita seorang pengarah syarikat ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pecah amanah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan projek Litar Lumba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027