Setiap negara berhak ada program pertahanan tapi tanpa provokasi – Anwar

SEOUL- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian bahawa setiap negara berhak melaksanakan program pertahanan negara, namun tidak sepatutnya membabitkan provokasi.

Susulan itu, Perdana Menteri berkata, beliau mengecam tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpadu balistik Oktober lalu yang mengancam keselamatan kawasan Korea Selatan.

“Bagi saya setiap negara mempunyai hak untuk mengadakan apa-apa program pertahanan mereka, tetapi tidak berhak menimbulkan provokasi kerana tindakan ini hanya akan menimbulkan ketegangan rantau,” katanya kepada media Malaysia pada sidang media hari terakhir lawatannya ke Korea Selatan, pada Selasa, lapor BH.

Anwar menerima jemputan daripada Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dan ini lawatan pertamanya ke republik ini.

Tentera Korea Selatan mendakwa Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat pada awal bulan ini dan ia adalah pelancaran kedua negara itu terhadap Korea Selatan.

Pada hujung Oktober lalu, Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) iaitu bahan api pepejal yang paling maju dan berkuasa dalam ujian senjata pertama Korea Utara sejak negara itu didakwa menghantar tentera mereka bagi membantu Rusia berperang dengan Ukraine.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata, mereka mengesan pelancaran beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat di kawasan perairan timur semenanjung Korea Selatan.

Peluru berpandu berkenaan disasarkan sejauh kira-kira 400 kilometer dan tentera Korea Selatan mendakwa mereka berjaya menjejaki pelancaran peluru berpandu berkenaan secara langsung serta memberi maklumat berkenaan kepada Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Anwar berkata, Malaysia turut menyatakan sokongan terhadap wawasan Presiden Suk Yeol untuk menyatukan Semenanjung Korea.

Pendirian itu disambut baik dan dizahirkan secara langsung oleh Suk Yeol kepada Anwar pada pertemuan kedua-dua pemimpin.

“Presiden Suk Yeol mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kita yang memberi dokongan kepada dia untuk bergerak ke arah penyatuan Korea. Daripada permusuhan dan perbalahan, lebih baik mereka bergerak ke arah penyatuan,” katanya.

Anwar mengakhiri lawatan kerja di Korea Selatan yang bermula sejak Ahad lalu, dengan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Delegasi Malaysia juga disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Related Posts

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian