Hanya 15 peratus penjawat awam belum tanda tangan SSPA

PUTRAJAYA – Sebanyak 85 peratus daripada keseluruhan 1.4 juta penjawat awam sudah menandatangani Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selepas tempoh opsyen diberi selama 40 hari yang akan berakhir hujung bulan ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, ketika ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memastikan baki 15 peratus penjawat awam bertukar ke skim baharu itu.

“Dari segi peratusan, 85 peratus sudah setuju menandatangani opsyen SSPA dan baki 15 peratus lagi, saya difahamkan JPA sedang membuat penerangan… sebab mungkin masih ada yang kurang jelas mengenai skim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Seminar Kenegaraan Malaysia Madani: Taat Setia, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha (KSU) kementerian serta ketua perkhidmatan, hari ini.

Melalui pelaksanaan SSPA ini, kerajaan bersetuju meningkatkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) kepada RM1,500 dengan kelayakan masuk ke perkhidmatan awam minimum di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ketimbang RM1,200 berkuat kuasa sejak Julai 2016 dengan kelayakan masuk di peringkat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pemberian pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan serta Profesional akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu 8.0 peratus atau minimum RM240 pada Fasa 1 mulai 1 Disember nanti 7.0 peratus bagi Fasa 2 pada 1 Januari 2026.

Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, pemberian pelarasan gaji sebanyak 7.0 peratus dengan pecahan 4.0 peratus bagi Fasa 1 bermula pada 1 Disember ini dan 3.0 peratus dilaksanakan pada 1 Januari 2026.

Related Posts

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun