Penguatkuasaan terlalu rakus jejas imej kerajaan, jadi bahan politik PN – DAPSY

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan yang terlalu rakus hanya akan menjejaskan imej Kerajaan Madani dan terus dijadikan bahan politik murahan oleh Perikatan Nasional (PN).

Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong berkata, DAPSY sekali lagi menekankan kepentingan untuk mempertahankan papan tanda pelbagai bahasa dan menegaskan bahawa tiada percanggahan untuk menghormati dan mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di samping terus menyuburkan papan tanda pelbagai bahasa demi muafakat ekonomi tanah air.

Kah Leong menempelak tindakan PN yang sengaja memainkan isu papan tanda pelbagai bahasa dan DAPSY menegaskan adanya keperluan untuk terus mewujudkan papan tanda pelbagai bahasa lantaran Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang menerima kunjungan pelbagai individu daripada latar belakang yang heterogen.

“Berkenaan polemik yang dibangkitkan pihak pembangkang mengenai papan tanda pelbagai bahasa dalam tempoh beberapa hari yang lepas, DAPSY Kebangsaan dengan tegas mempertahankan keperluan untuk terus mewujudkan papan tanda pelbagai bahasa untuk mempamerkan kepelbagaian Malaysia seperti kemajmukan bahasa kepada pelancong asing untuk terus menunjukkan keunikan dan keistimewaan Malaysia kepada persada dunia.

“Papan tanda dalam pelbagai bahasa bukan asing lagi di Malaysia dan juga berlaku ketika rejim PN memerintah dari tahun 2020 hingga tahun 2022, dan kenapa hanya dihangatkan isu apabila PN menjadi pembangkang?

“Ini jelas menunjukkan bahawa PN adalah sebuah gabungan politik yang hipokrit dan hanya menyamar sebagai pejuang bahasa kebangsaan apabila dah ketandusan idea,” bidas beliau.

ADUN Pasir Bedamar itu juga menyindir Pemuda PN yang baru sahaja melawat negara China tidak sepatutnya bertindak seolah-olah katak di bawah tempurung lantaran penggunaan pelbagai bahasa tidak akan sesekalipun menggugat kedudukan bahasa atau budaya sendiri malahan penggunaan pelbagai bahasa sebenarnya adalah lumrah dalam zaman globalisasi ini.

“Terdapatnya banyak sangat papan tanda bahasa asing di sekitar Bangkok, dan tidak pernah kelihatan ahli politik negara tersebut menjadikannya sebagai isu.

“Ahli politik PN patut bermuhasabah dan rajin menunjukkan budaya politik yang sihat dan bukannya terus meracuni minda rakyat dengan politik sempit,” tegas Kah Leong lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan semua pihak khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kesedaran dan membantu peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur untuk mengekalkan papan tanda tradisional yang mempunyai sejarah dan asal usulnya di samping menambahkan frasa bahasa kebangsaan untuk mewujudkan keadaan menang untuk semua tanpa menatijahkan impak negatif terhadap imej ibu negara Malaysia yang sepatutnya terbuka dan ramah kepada semua.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan