LCS 1 siap akhir tahun ini, Mindef pastikan aset sedia hadapi ancaman maritim – Khaled

KUALA LUMPUR – Fasa akhir pembinaan ‘Littoral Combat Ship’ (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dalam kontrak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, status kemajuan semasa bagi perolehan LCS secara keseluruhan merangkumi elemen reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian.

Katanya, status kemajuan yang berakhir pada 25 Ogos 2024 adalah 69.58 peratus berbanding perancangan iaitu 69.50 peratus dengan perbezaan 0.08 peratus (melebihi jadual daripada yang dirancang).

“Berdasarkan perancangan perbatuan yang terkandung dalam kontrak yang ditandatangani, fasa akhir pembinaan LCS pertama akan disiapkan pada penghujung 2024 sebelum ia menjalani ujian seperti ‘Harbour Acceptance Test’ (HAT) dan ‘Sea Acceptance Trial’ (SAT) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tempoh dua tahun.

“Bagi LCS kedua, ia akan turun ke permukaan air sebelum menjalani HAT dan SAT pada pertengahan 2025,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiar di laman web Parlimen, pada Selasa.

Khaled menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang meminta menyatakan perancangan kerajaan dalam menyegerakan pembinaan LCS bagi menghadapi ancaman pihak luar terhadap kawasan zon ekonomi dan kepulauan milik Malaysia di perairan Laut China Selatan yang semakin meningkat.

“Kementerian juga akan memastikan kesiagaan aset berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan di perairan negara, terutamanya di Laut China Selatan,” katanya.

Related Posts

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

KUALA LUMPUR – Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) yang baru dilaksanakan menunjukkan impak positif apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyalurkan lebih RM1.2 juta faedah kepada pencarum dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

BATU PAHAT – Sebarang persepsi, dakwaan atau kontroversi terhadap mana-mana individu tidak sewajarnya dijadikan hukuman awam tanpa melalui proses sewajarnya (due process) dan keputusan institusi berautoriti. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran