Usaha Hajiji berterusan kukuhkan pembangunan modal insan, belia dan komuniti

KOTA KINABALU – Kejayaan Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor terus mendapat pengiktirafan kerana usaha berterusan dalam memperkukuh pembangunan modal insan, belia dan komuniti.

Exco Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Halizah Din berkata, fokus utama kerajaan negeri adalah pada aspek pendidikan dan kebajikan yang memberi manfaat besar kepada rakyat tanpa mengira latar belakang.

”Tidak salah jika beliau (Hajiji) digelar Bapa Pembangunan Modal Insan kerana beliau melaksanakan apa yang beliau janjikan, perlahan-lahan, satu per satu dengan teratur.

“Melalui Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang baru-baru ini diumumkan, saya yakin beliau semakin giat bekerja keras untuk memastikan semua yang sepatutnya diterima oleh rakyat kita, tanpa mengira usia, kaum atau agama.

“Kita sedar dan tahu, sememangnya masih banyak hal yang perlu diperbaiki dan difokuskan untuk menjadikan Sabah seiring setanding duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negeri lain, tetapi apa yang perlu kita puji adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan Kerajaan Negeri, ini yang wajar kita pegang dan contohi, semangat dan kegigihan beliau,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Selasa.

Menurut Halizah, banyak program yang membawa manfaat besar kepada anak-anak Sabah terutamanya dalam bidang pendidikan.

“Sebagai contoh, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM127 juta untuk biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajar negeri.

“Di antaranya, Sumbangan Mahasiswa Pendidikan Tinggi Sabah (Sentosa) sebanyak RM300 seorang, Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) untuk pelajar Ijazah sebanyak RM2,000 dan Diploma/Matrikulasi RM1,500 secara one-off,” katanya.

“Selain itu, program Graduan Rindu Sabah (Subfly) yang memberikan subsidi tiket penerbangan bernilai RM600 kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di Semenanjung, Sarawak dan Labuan juga turut dilaksanakan.

“Bukan itu saja, bantuan untuk sekolah melalui program Sumbangan Kegiatan Sekolah (Sukses) sebanyak RM3,000 kepada 1,500 buah sekolah dan bantuan persekolahan bernilai RM26.06 juta turut disalurkan memberi manfaat kepada lebih 291,000 pelajar,” katanya.

Tambah beliau, semua inisiatif ini menunjukkan betapa kerajaan negeri menitikberatkan pendidikan sebagai pemangkin kejayaan masa depan Sabah.

Jelasnya, pelbagai bantuan seperti Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Peperiksaan (Bakti⁹) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) turut memberikan sokongan kepada pelajar dan sekolah.

Dalam pada itu, Halizah turut mengulas mengenai kepedulian Kerajaan Negeri terhadap usaha membangun dan memperkasa kaum wanita di Sabah.

“Ini termasuk peruntukan RM9.73 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) untuk program-program yang menangani isu perkahwinan awal kanak-kanak, program ‘flagship’ santuni wanita pembangunan keusahawanan wanita,dan kepekaan gender luar bandar, jelajah klinik guaman dan kaunseling JHEWA serta 186 NGO di bawah agensi itu.

“Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM11.6 juta kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) untuk membantu usahawan wanita dengan program kredit mikro dan sokongan kepada industri kecil sederhana (IKS),” jelas Halizah.

Selain itu, Projek Keusahawanan Wanita Muda diperkenalkan untuk memberi pinjaman mikro dengan kadar faedah rendah kepada usahawan wanita muda yang berkelayakan.

“Pencapaian usahawan wanita muda di Sabah juga patut dibanggakan dan inisiatif ini akan membantu mereka berkembang,” katanya.

Related Posts

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

IPOH – Seekor harimau belang betina seberat 94 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas memasuki perangkap yang dipasang berhampiran sebuah kandang lembu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH