21 kes libatkan 3R telah dihadap ke mahkamah – Azalina

SEBANYAK 21 kes berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah didakwa di mahkamah bagi tempoh 2023 hingga September tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, daripada jumlah itu lapan kes dituduh bagi tahun ini.

“Daripada jumlah itu, lima kes yang menyentuh institusi diraja merangkumi empat masih dalam peringkat perbicaraan dan satu kes telah dijatuhkan hukuman.

“Selain itu tiga kes lagi membabitkan isu agama yang dituduh pada tahun 2024 sudah dijatuhkan hukuman.

“Bagaimanapun tiada kes 3R yang dituduh pada tahun 2024 membabitkan isu perkauman,” katanya dalam jawapan bertulis.

Beliau menjawab pertanyaan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) mengenai jumlah kes pendakwaan berkaitan 3R yang sudah dibicara serta disabit dengan hukuman sejak 2023.

Menjelaskan mengenainya, Azalina berkata, sebanyak 13 kes berkaitan 3R dituduh di mahkamah pada 2023.

“Daripada jumlah itu, lapan kes berkaitan dengan institusi diraja iaitu tiga masih dalam peringkat perbicaraan, dua kes dilepas dan dibebaskan dan tiga kes dijatuhkan hukuman.

“Pada masa sama, tiga kes menyentuh isu agama yang dituduh pada tahun 2023 telah dijatuhkan hukuman.

“Dua kes menyentuh isu perkauman yang dituduh pula membabitkan satu kes masih dalam perbicaraan dan satu kes telah dijatuhkan hukuman,” katanya.

Related Posts

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

MACHANG – Empat negeri di utara dan Pantai Timur, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merekodkan kadar pembabitan kes dadah melebihi ambang nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

PEMIMPIN Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti itu selama tiga bulan susulan pengakuannya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat pada 15 Oktober…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24