Banjir mula landa Kemaman

PUTRAJAYA – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Kemaman, Terengganu dilanda banjir.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 12 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Meraga Beris.

PPS itu dibuka jam 1 tengah hari tadi bagi menempatkan mangsa yang terjejas.

Difahamkan pasukan penyelamat antaranya Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membantu memindahkan mangsa banjir ke lokasi selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, selain kawasan Teluk Kalong, paras air dilaporkan semakin meningkat naik di kawasan perumahan penduduk di sekitar Kijal dan Kemasik.

“Kita sudah mengeluarkan arahan kepada penduduk di kedua-dua kawasan itu bersiap sedia untuk berpindah berikutan trend air semasa.

“Semua penduduk di kawasan berisiko juga dinasihatkan bersiap sedia untuk berpindah dan mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu pada jam 6 petang tadi merekodkan dua sungai berada pada paras amaran iaitu Kampung Felda Mengkawang, Hulu Terengganu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman.

Selain itu, tiga sungai berada di paras waspada iaitu Sungai Setiu di Kampung Besut, Setiu; Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik